Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan
halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam
ruang lingkup peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah
memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan kedua
Hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu penulisan.
Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur
penting
daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
Khat ialah perkataan Arab
yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk
tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan
peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat
dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah
tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi.
Seni khat bukan sekadar
wacana penyampai maklumat tetapi mengandung nilai-nilai abstrak yang
disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan,
pergerakan, keharmonian dan sebagainya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar